Saturday, 10 November 2012

Melancong :-)

Assalamuaaikum...
Hai.... Cuti skolah telah pun tiba. Mungkin cuti best bagi sesetengah pelajar dan ada yang tak best bagi sesetengah pelajar. Tapi mungkin bagi orang yang kata best sbb dapat pergi melancong. :-)

MELANCONG ?

Haha.... aku memang x pergi melancong ke mana2 pun. Duk umah jew. Kalau ade masa kuar ngan family cuci mata. Tapi bagi aku, memang aku x mntak family aku bawak aku pergi melancong sbb kami bukan keluarga yang senang. Apa yang dapat adalah rezeki dari Allah. Tapi aku suka tengok kat TV tempat2 yang menarik. Memang best. Dalam hati mesti ada teringin tapi bila pikir balik mmg x bleh pergi. Kalau dalam negara InsyaAllah tapi kalau luar negara jangan diminta dapat jejak. Xkan dapat. InsyaAllah, kalau dh berkemampuan, pegi Makkah dulu. :-)

Macam kawan aku yang sorang dah pegi melancong dah. Die kata die pergi Bali, Indonesia. Wahhh... mesti best kan. Teringin jugak nak pergi. Haha... die pun baru jew pergi khamis lepas. Sebelum die pergi, die ade text sekejap utk bagi tahu yang die nak berlepas n bila dah sampai pun dia ada bagi tahu. Haha... tapi memang best la die kat sana.

Tapi xkan Indon jew pergi. Banyak lagi tempat menarik. New York, Paris, Los Angeles, Los Santos, Hawaii n bnyk lagi. Tapi jangan klau dah pergi sana balik terus x reti cakal melayu. Datang jumpa kawan "What's up?". What's up tengkorak hang. Haha.... duk baru 3 hari tapi slang sana dah kalau bercakap. Orang datang melancong ke Malaysia seminggu pun kalau balik sana x ckp melayu, ko baru 3 hari dah over. Hahaha....

Tapi bila balik mesti best kan. Untung bagi yang berkemampuan. Lihatlah dunia ! Allah bagi duit banyak jangan simpan. Macam kedekut tapi gunalah duit tubuntuk lihat dunia. Jangan tengok Malaysia jew tapi pergi lah negara yang susah. Dalam senang2 hidup kita, ade yang susah.

Jangan kedekut, nanti rugi. Duit banyak semua simpan. Nak buat ape ? Fikirkanlah.

Sekian dari saya (Muhammad Amir Syafiq), Assalamualaikum.

Hidup selalu senyum, moga hari indah selalu. :-)

Published with Blogger-droid v2.0.6

No comments:

Post a Comment